Ismail Sabri, Mahdzir sah naib presiden baharu Umno

Bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasmi diangkat menjadi naib presiden Umno bagi penggal 2018-2021 dalam sesi pemilihan malam tadi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan anggota Parlimen Bera itu mendapat undi tertinggi dari kesemua bahagian di seluruh negara yang layak mengundi.

Setakat 1.15 pagi Ahad, Ismail mendapat 146 undi dan diikuti oleh anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan 99 undi.


Sementara itu, naib presiden ketiga tidak dapat diketahui setakat ini memandangkan masih ada 34 bahagian yang belum menghantar keputusan kepada Ibu Pejabat Umno.

Menurut Tengku Adnan, keputusan penuh bagi pemilihan Umno 2018 akan diumumkan siang nanti melalui kenyataan media.

Apabila ditanya calon yang masih dalam saingan untuk naib presiden, Tengku Adnan menjawab ia adalah di antara bekas menteri besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dan Anggota Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ismail Sabri, Mahdzir sah naib presiden baharu Umno Ismail Sabri, Mahdzir sah naib presiden baharu Umno Reviewed by kraken san on Sunday, July 01, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.