[FOTO] Mayat bayi dengan perut terburai ditemui atas jambatan

KLANG - Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di atas jambatan Sungai Dua menghala ke Pelabuhan Klang di sini pagi tadi.

Mayat tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 10 pagi sebelum memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, ketika ditemui, bayi tersebut sudah meninggal dunia.

"Ketika anggota sampai di lokasi kejadian, kita mendapati keadaan mayat bayi tersebut masih bertali pusat dan keadaan perut yang terburai berada di atas jambatan tersebut.

"Anggota kita masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Mayat bayi ini telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

[FOTO] Mayat bayi dengan perut terburai ditemui atas jambatan [FOTO] Mayat bayi dengan perut terburai ditemui atas jambatan Reviewed by kraken san on Friday, June 29, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.