Miley Cyrus Dedah Foto 'Comolot' Pertama Dengan Kekasih

Sempena meraikan Hari Ciuman Sedunia yang lalu, penyanyi Miley Cyrus tanpa segan silu mendedahkan fotonya bercumbu dengan kekasihnya Liam Hemsworth.

Difahamkan foto yang dimuat naik ke laman Twitter itu merupakan gambar yang diambil ketika lapan tahun lalu.

Berikut kapsyen yang ditulis:

"Happy #InternationalKissingDay! Our first smooch 8 years ago! "


Menerusi foto tersebut, mereka kelihatan begitu romantis berciuman di tepi pantai.

Foto itu diambil ketika Miley dan Liam pertama kali dipertemukan dalam filem The Last Song.

Filem itu juga punca mereka terjebak dengan cinta lokasi yang akhirnya menjalin hubungan cinta sehingga sekarang.
Miley Cyrus Dedah Foto 'Comolot' Pertama Dengan Kekasih Miley Cyrus Dedah Foto 'Comolot' Pertama Dengan Kekasih Reviewed by kraken san on Monday, July 10, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.