(Video) 6 Lelaki Didakwa Rogol Remaja 17 Tahun Bergilir-Gilir

Kota Bharu - Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas tadi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merogol secara berkumpulan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, awal bulan ini.

Pengakuan itu dibuat oleh tertuduh Mohamad Nurruddin Mohd Fauzi, 22, Muhammad Yusuf Danial Luqman, 21, Che Kamarul Aiman Che Rasid, 20, Mohamad Tasyrik Mahmud, 20, Muhamad Alif Asmawi Othman, 20, dan Wan Hazaki Wan Hanafi, 38.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Nuruddin didakwa merogol secara berkumpulan remaja perempuan itu pada jam 1 pagi dan 3 pagi di Kubur Cina Pasir Parit, Sungai Batu, Pasir Mas, 3 Jun 2017.

BACA: Gadis Dirogol Bergilir-Gilir Selepas Diugut Masukkan Mercun Dalam Mulut

Bagi kedua-dua tuduhan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimun 30 tahun dan boleh dikenakan sebat.

Dia turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan seks oral terhadap mangsa sama di lokasi sama pada jam 3 pagi.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

Lima lagi tertuduh didakwa merogol secara berkumpulan terhadap mangsa sama di lokasi sama antara jam 1 pagi hingga 3 pagi, 3 Jun 2017.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Dazuki Ali tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 16 Julai ini untuk laporan kimia, forensik dan perubatan mangsa.
(Video) 6 Lelaki Didakwa Rogol Remaja 17 Tahun Bergilir-Gilir (Video) 6 Lelaki Didakwa Rogol Remaja 17 Tahun Bergilir-Gilir Reviewed by Unknown on Thursday, June 15, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.