Pasukan SAR Temui Payung Terjun Di Lokasi Pencarian

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dikhabarkan menemui payung terjun di kawasan pencarian, di utara Kuantan, selepas Zohor, hari ini.

Difahamkan, dua juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang hilang ditemui bersama payung terjun itu.

Pesawat Hawk 108 milik TUDM yang dikendalikan mereka sebelum ini dilaporkan hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi tadi.

Pesawat yang terlibat dalam operasi SAR itu adalah Hercules C130 dan Eurocopter EC725 yang memulakan pencarian pada 11.49 pagi.

TUDM dalam kenyataan, hari ini melaporkan kehilangan pesawat itu selepas berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada 11 pagi sebelum terputus hubungan.

Satu sidang media khas Panglima Tentera Udara (PTU) akan diadakan di Pangkalan Udara Kuantan, kira-kira 4 petang nanti.

Pasukan SAR Temui Payung Terjun Di Lokasi Pencarian Pasukan SAR Temui Payung Terjun Di Lokasi Pencarian Reviewed by Unknown on Thursday, June 15, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.