Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mengikuti Qiamulail Di Masjid

Kota Bharu - Seorang lelaki meninggal dunia selepas menunaikan solat sunat tasbih ketika mengikuti program qiamulail di Masjid Ayah Will, Kampung Teluk Baru, Demit di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, mangsa Hamzah Harun, 52, yang merupakan jemaah tetap di masjid berkenaan dikatakan rebah ketika sedang berdoa.

Pengerusi Masjid Ayah Will, Nawi@Zain Zakaria, 60, berkata, pada masa kejadian, Hamzah sempat menghabiskan solat sunat tasbih tersebut.

“Ketika sedang mengaminkan doa, arwah rebah secara tiba-tiba dan situasi itu amat mengejutkan para jemaah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nawi memberitahu, arwah sering mengikuti program qiamulail di masjid berkenaan sempena malam-malam terakhir Ramadan ini.
Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mengikuti Qiamulail Di Masjid Lelaki Meninggal Dunia Ketika Mengikuti Qiamulail Di Masjid Reviewed by Unknown on Thursday, June 15, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.