Lelaki Dicekup Melancap, Tonton Video Lucah Dalam Tandas Wanita

Seorang lelaki dicekup ketika sedang beronani sambil menonton video lucah di dalam tandas wanita, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, suspek dicekup selepas seorang wanita terbau bau asap rokok di dalam tandas terbabit.

Wanita itu kemudiannya mengetuk pintu tandas sebelum terdengar suara seorang lelaki berdehem dari dalam.

Dalam keadaan kelam kabut itu, dia meminta pertolongan dari seorang remaja bagi menahan suspek.

"Mulanya ingat dia tersalah masuk tandas dan takut nak keluar tapi silap!

Rupa-rupanya dia sedap duduk kat dalam tu sambil tengok video menjijikkan," ujarnya.

Lebih mengejutkan, lelaki itu itu sudah berada di situ sudah lebih daripada tiga jam!

Suspek terpaksa dilepaskan pada mulanya kerana kekurangan bukti tetapi rakan lelaki wanita tersebut mencari semula suspek yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Wanita tersebut turut menasihati orang ramai terutamanya wanita supaya lebih berwaspada apabila mengunakan tandas awam lebih-lebih lagi ketika berseorangan.
Lelaki Dicekup Melancap, Tonton Video Lucah Dalam Tandas Wanita Lelaki Dicekup Melancap, Tonton Video Lucah Dalam Tandas Wanita Reviewed by Unknown on Wednesday, June 14, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.