Isu Video Mati Pucuk: 'Saya Tak Buat Salah' - Zara Zya

Gara-gara merakamkan video kesedaran mengenai masalah kesihatan lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat, pelakon Zara Zya menerima kecaman sesetengah netizen.

Ada pihak yang beranggapan Zara tidak sesuai untuk merakamkan video tersebut kerana statusnya sebagai seorang wanita tetapi pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael ini mempunyai pendapat berbeza.



"Apabila menerima tawaran untuk merakamkan video tersebut, saya rasakan tiada masalah untuk saya lakukannya. Perkara ini menjadi satu peringatan dan memberikan kesedaran yang baik.

"Saya berharap orang ramai mempunyai fikiran yang terbuka kerana ini adalah realiti yang terjadi di zaman kini. Tugas saya hanyalah sebagai artis yang mempunyai pengaruh di laman sosial dan saya menjadi orang tengah untuk memberikan nasihat dan kesedaran.

"Saya akui ada yang kurang senang dan memberikan kecaman. Saya tak buat salah jadi saya tidak risau dengan kecaman. Perkara ini bukan sahaja untuk orang ramai di luar sana tetapi untuk diri saya sendiri supaya saya saling mengingati ahli keluarga terdekat.

"Masalah mati pucuk dan kanser prostat memang terjadi dan semakin membimbangkan. Ramai yang menderita sakit kerana kanser dan saya berharap orang ramai mengambil perkara ini menerusi sudut pandang positif," kata Zara.
Isu Video Mati Pucuk: 'Saya Tak Buat Salah' - Zara Zya Isu Video Mati Pucuk: 'Saya Tak Buat Salah' - Zara Zya Reviewed by Unknown on Friday, June 16, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.