Erra Fazira, Shahir Sedondon Hijau Ke Majlis Berbuka Puasa

Pelakon Erra Fazira dan penyanyi Shahir dilihat tampil sedondon berbaju hijau ke majlis berbuka puasa Semurni Kasih Ramadan yang dianjurkan kosmetik Triple White, semalam.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan laman Instagram (IG) Triple White, pasangan ini manis duduk bersebelahan di meja yang sama.

Erra Fazira sebagai duta kepada produk tersebut telah meraikan anak-anak yatim yang dijemput hadir.

Shahir yang hadir juga dilihat turut menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan persembahan nyanyian.

Pasangan ini juga dilihat telah memberikan sumbangan kepada tetamu istimewa mereka.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah penyanyi Siti Nordiana.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:









Erra Fazira, Shahir Sedondon Hijau Ke Majlis Berbuka Puasa Erra Fazira, Shahir Sedondon Hijau Ke Majlis Berbuka Puasa Reviewed by Unknown on Thursday, June 15, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.