(6 Gambar) Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Dalam Beg Di Tumpat

Tumpat - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah beg di hadapan bangunan Taman Seri Kota Bandar Baru, Pasir Pekan hari ini.

Bayi perempuan itu ditemui oleh seorang Inspektor Kesihatan kira-kira pukul 8 pagi tadi berdekatan dengan Klinik Kesihatan 1Malaysia, Pasir Pekan dalam beg berwarna krim.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes tersebut.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan mereka yang terbabit dalam kes tersebut.

(6 Gambar) Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Dalam Beg Di Tumpat (6 Gambar) Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Dalam Beg Di Tumpat Reviewed by Unknown on Thursday, June 15, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.