'Abang Ipar Saya Difitnah Perempuan Vietnam'

Susulan kejadian seorang pemandu Uber dipukul sekumpulan lelaki kerana didakwa mencabul penumpang wanita, tampil seorang lelaki dipercayai saudara kepada pemandu terbabit menceritakan kisah sebenar kejadian yang berlaku.

Menurut Amyrul Shazafry, dakwaan mengatakan abang iparnya telah mencabul penumpang warga Vietnam itu adalah tidak benar sama sekali.

"Semalam (6 Jun 2017), abang ipar saya mendapat pelanggan warga Vietnam yang suruh pickup dia di Paya Terubong. Selepas selesai semua kerja seperti biasa, dia pun pergi ke tempat kerja di Balaik Pulau dan sambung kerja.

"Kemudian, keesokkannya atau hari ini, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber, beliau menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam berkenaan untuk mengambil dia di tempat yang sama.

"Setelah sampai, perempuan Vietnam itu pun masuk dalam kereta dan tiba-tiba keretanya ditahan sekumpulan lelaki berbangsa Cina lebih kurang 20 orang dan dua daripadanya bersenjatakan kayu besbol.

"Abang ipar saya kebinggungan, apa salah dia? Jadi dia turun dan tanya apa yang berlaku. Belum sempat bertanya, dia terus dibelasah beramai-ramai dan dipukul dengan kayu besbol. Malah orang awam yang tiada kaitan juga turut serta memukul dia.

"Sukri kemudian bertahan dan bertanya apa kesalahannya sebelum diberitahu yang dia dituduh melakukan gangguan seksual terhadap perempuan warga Vietnam berkenaan.

"Sukri menafikan dakwaan itu, namun perempuan Vietnam itu mendakwa dia ada bukti video. Apabila diminta tunjukkan video itu, dia gagal menunjukkannya," ujar Amyrul

Menurut Amryul, mangsa kemudian diselamatkan oleh seorang anggota polis. Bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tindakan sekumpulan lelaki itu yang telah memukul mangsa tanpa menyiasat kebenaran dakwaan perempuan berkenaan.

"Kena pukul ramai-ramai dengan senjata itu satu hal. Kereta dipecahkan, siapa yang nak bayar?," katanya.

Dalam kenyataan itu, Amryul meminta orang ramai menyebarkan penafian dan penjelasannya itu untuk membersihkan nama abang iparnya yang sudah tercalar kerana difitnah perempuan warga asing yang tidak bertanggungjawab itu.
'Abang Ipar Saya Difitnah Perempuan Vietnam' 'Abang Ipar Saya Difitnah Perempuan Vietnam' Reviewed by Unknown on Wednesday, June 07, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.