(4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi

Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, dekat Ladang Risda Palong, kelmarin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat, Bachok dalam satu liang lahad pada 3 pagi hari ini.

Enam beranak yang maut ialah Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 51; Masnoraida M Yusoff, 45; Wan Muhammad Muhaimmin, 22; Wan Nor Athira, 18; Wan Mohd Ammar Haziq, 13 dan Wan Nur Aiesya, 7.

Sebelum itu, semua jenazah dituntut ahli keluarga kira-kira 5.20 petang semalam di Hospital Jempol, Negeri Sembilan selepas proses bedah siasat selesai.

Selepas menempuh perjalanan hampir lapan jam, semua jenazah selamat tiba di Masjid Naim, Jelawat pada 1.06 pagi dengan empat van jenazah sebelum terus disembahyangkan.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Kira-kira 500 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, rakan dan penduduk kampung turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Turut kelihatan anak arwah, Wan Muhamad Hazim, 19.

(4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi (4 Gambar) Jenazah Enam Beranak Selamat Dikebumi Reviewed by Unknown on Tuesday, June 13, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.