Polis Tembak Mati 4 Penyamun Dipercayai Ahli Geng Civic

Kuala Lumpur - Polis menembak mati empat penjenayah selepas dipercayai melakukan samun dalam kejadian Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini sebentar tadi. 


Difahamkan, empat lelaki disyaki anggota Geng Civic yang bergerak aktif dalam kejadian samun di sekitar Sri Rampai itu ditembak oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur.



Sejumlah wang tunai turut ditemukan dalam kereta jenis Honda Civic dinaiki suspek.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Polis Tembak Mati 4 Penyamun Dipercayai Ahli Geng Civic Polis Tembak Mati 4 Penyamun Dipercayai Ahli Geng Civic Reviewed by Unknown on Thursday, May 11, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.