Pelancong Warga China Diragut Ketika Berselfie Di Dataran Merdeka

Kuala Lumpur - Seorang wanita warga China menjadi mangsa ragut ketika sedang berswafoto di Dataran Merdeka, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, ketika mangsa yang merupakan ahli perniagaan sedang "berselfie", tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang telah meragut beg tangan mangsa.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang berusia 41 tahun itu terjatuh.

"Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa telah kehilangan dokumen peribadinya.

Katanya lagi, mangsa kemudian telah membuat laporan polis di Balai Polis Genting Highland sebelum dia ke luar negara.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.
Pelancong Warga China Diragut Ketika Berselfie Di Dataran Merdeka Pelancong Warga China Diragut Ketika Berselfie Di Dataran Merdeka Reviewed by Unknown on Friday, May 12, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.