'Nak Perli, Sindir Boleh Tapi Kalau Fitnah Saya Saman' - Ahmad Maslan

Kuala Lumpur - Pemimpin yang menjadi mangsa fitnah di media sosial disaran menjejaki dan menyaman pihak terlibat, kata Datuk Ahmad Maslan.

Pengerusi Biro Teknologi Maklumat Umno itu berkata tindakan undang-undang dapat mengurangkan budaya fitnah dan mewujudkan suasana media sosial lebih beretika, lapor Berita Harian.

“Cari pemilik akaun media sosial dan saman mereka yang memfitnah, seperti yang dibuat oleh presiden Umno.

“Supaya pemfitnah berhenti daripada berbuat demikian dan tahap etika penggunaan media sosial akan meningkat.

“Saya juga akan saman jika ada orang fitnah saya selepas ini. Memang sebelum ini saya gunakan #AdaAkuKisah di media sosial jika ada yang perli atau menyindir saya.

“Ahli politik mana yang tidak diperli, itu biasa. Tapi jika fitnah, memang aku kisah,” beliau dilaporkan berkata.

Ahmad berkata Datuk Seri Najib Razak menyaman Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataan dalam rakaman video membabitkan pembentangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355, bulan lalu.

Selain itu, presiden Umno itu memfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung kenyataan fitnah isu subsidi minyak, dua tahun lalu.
'Nak Perli, Sindir Boleh Tapi Kalau Fitnah Saya Saman' - Ahmad Maslan 'Nak Perli, Sindir Boleh Tapi Kalau Fitnah Saya Saman' - Ahmad Maslan Reviewed by Unknown on Monday, May 15, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.