(Video) Kanak-Kanak Jatuh Terhempas Dari Tingkat Satu

Seorang kanak-kanak terjatuh dari ketinggian satu tingkat dipercayai selepas bapanya cuai membawa anaknya, tersebar di media sosial.

Dalam kejadian di Mydin Kompleks Bukit Jambul itu, mangsa sebelum itu dilihat didukung di atas bahu sebelum menaiki eskalator.

Namun tidak beberapa lama kemudian, kelihatan sekujur tubuh jatuh terhempas ke bawah berhampiran eskalator menuju ke bawah.

Mangsa kemudian diambil oleh seorang lelaki berbaju oren. Difahamkan, mangsa masih bernyawa dan kini berada di wad ICU, Hospital Pulau Pinang.

(Video) Kanak-Kanak Jatuh Terhempas Dari Tingkat Satu (Video) Kanak-Kanak Jatuh Terhempas Dari Tingkat Satu Reviewed by Unknown on Monday, October 17, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.